PinKiss
Masih Aku

Wednesday 27 December 2017 @ 02:18 | 0 Comment [s]




Dunia.. 
kenapa masih aku kejar?
sedangkan iman masih belum kukuh.

kadang-kadang terfikir
untuk apa sambung belajar?
untuk apa ada harta?
untuk apa jadi cantik?
untuk apa kejar semua yang ada kat dunia ni?
tak tau..
atau mungkin semua tu perlu, tapi aku yang masih tak paham.

iman kadang naik kadang turun
tapi macam biasa
selalu menurunnnnn
syaitan gemok2 hinggap kot
(padahal diri sendiri pemalasss)
haihh
diri sendiri masih tak kuat dengan ujian dunia
orang pandang kita baik tapi hakikatnya kita saja tau siapa kita
malu

diri sendiri dah sedar
kiamat dah dekat
tanda-tanda kiamat dah muncul
banyak bukan sikit
masih nak kejar dunia
kenapa tak duduk masjid je?
solat sunat
baca quran
dekatkan diri dengan ALLAH
entahlaa..

apa pun
sampai mana pon kita kat dunia ni
niatkan kerana ALLAH
aku percaya pada aturanNya
aku redha dengan semua yang jadi
serah semua pada DIA
semoga dilindungi
semoga diberkati olehNya
InshaaAllah
Aamiin.





 



tamak dunia kot

Monday 7 March 2016 @ 16:43 | 0 Comment [s]

kenapa nak berperang ??
Allah cipta bumi ni untuk semua 
untuk kita kongsi
sedih tgk manusia berlaku kejam sesama manusia
bom sana, bom sini
aq x paham la
serius x paham -.-

cucur oreo

Sunday 14 September 2014 @ 07:48 | 0 Comment [s]






Lama rasannya tak update blog,
bukan takde cerita, tp jari jemari ni malas sungguh nak menaip,
tambah sedikit dengan kesibukan bekerja (dah berenti),
but tonight,
TERrajin plak nak menaip.

Haritu
aku nampak ira post cucur oreo kat IG,
ehhhhh,,,
oreo pon boleh buat cucur, haha uniknyaaa ..
then aku tnjuk kat kat Fery (staff tempat keja),
dia pndng aq, aq pndang dia..
dua2 buat muka pelik (sepelik cucur oreo)
*atau korng x rasa pelik dgn cucur oreo ni? 
*watevaaa...

Lepas dah benti keja tu, chat2 gn ira kat wassap,
tetiba teringat cucur oreo tu,
rasa macam nak buat,
apela agaknya rasa dia,
nama dah pelik, rupa menarik, rasa? entah..
hahhh ape lagi
mintak resipi laa.


CARA MEMBUAT

Bismillah..
Percayalah, ia nya semudah 1 2 3 saja



sebatikan adunan cucur,
adunan ni ikot citarasa masing2,
tapi aku guna adunan cucur adabi,
sbb selalu nk buat cucur mmg guna adabi..
pastikan adunan x terlalu cair,
supaya nanti adunan mudah melekat pada oreo ,
dan texture akan nmpk menarik selepas digoreng.




masukkan oreo ke dalam adunan 




pastikan seluruh bhgian oreo telah diselaputi dengan adunan,
gorengkan ke dalam minyak panas,
goreng jgn terlalu lama, 
agak2 dah masak tepung adunan tu, boleh la angkat,
takot oreo tu nt meresap minyak, jd x sedap plak.




Alahamdulillah..
ini hasilnya,
jemput makan..




senang kan? 
bak kata orang, senang macam goreng pisang je..
tp memang macam goreng pisang pon,
tak pon mcm goreng tempe.
yg penting bkn goreng ikan okeyyy.. (itu rumit)
so? try la buat :)




overnya lah aku amik gambar sampai mcm tu,
unik la katakan.. haha
rasa dia?
boleh tahan sedap,
boleh tahan manis jugak, sbb oreo mmg manis.


KESIMPULAN

BAHAN-BAHAN
*oreo
*adunan cucur

CARA MEMBUAT
*sediakan adunan
*celupkan oreo ke dalam adunan
*goreng ke dalam minyak panas
*angkat dan siap untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA














entrepreneurship day PIS

Wednesday 26 March 2014 @ 21:37 | 0 Comment [s]


Sem last ni sangattt busy dgn event
antaranya hari keusahawanan ni
budk cos lain dh prepare 3 mnggu sblm
tp kitorg bdk JKE prepare 1 hari sblum
sbb apa?
sbb kitorg lebih memikirkan pasal projek yg nk kene present tu
alhamdulillah projek aq n nanad ok2 je
hehe


hasil karya aq and AJK keceriaan yang lain
esok nk bukak kedai, malam baru buat benda alah ni
kitorg JKE xmampu hias cantek2 mcm bdk JRKV 
apapun
we are happy
melukis sampai larut malam
release tension baq hang. !
haha




























untung rugi semua belakang cerita
yang penting semua enjoy :D



its hard

Monday 25 November 2013 @ 21:02 | 0 Comment [s]



kenapa macam ni ??
walau kita tau dia bukan ikhlas pon
dan ada yg lebih ikhlas
walau kita tau dia bukan yang terbaik
dan ada yg lebih baik
walau kita tau dia bnyak kali tipu kita
dan ada yg selalu jujur dgn kita
walau kita tau dh banyak kali hati kita sakit sebab dia
dan ada someone yg selalu buat kita happy
walau kita tau die selalu buat kita menangis
dan ada yang selalu buat kita tersenyum
walau kita tau dia bukan milik kita lagi
dan ada someone yg tunggu kita
kenapa masih nak fikir dia lagi ??




I hope One day
Takkan ada awak lagi dalam ingatan saya

zaim

Sunday 13 October 2013 @ 08:28 | 0 Comment [s]




Haihh.. lepas lama dh bertapak kat johor,
dapt gak aq balik kg raya haji nie,
stressss..!!

sronoknyeee dpt balik
pstu dpt jmp toyol kecik
toyol kecik tu Zaim sebenarnya
haha
die nie anak sdre aq, tp dh mcm adik aq sndiri
yelaaa.. aq ni tringin nk adik lelaki,
bosan la asyik main barbie doll, main msak2 je
nak gak main bola.. lori.. raksaksa.. haa
 
aq rapat gn die sbb aq dh jge die dr baby lg
pnglman baru jge bby boy sbb slme ni dok jge baby girl je, haha
zaim ni xde la lsak sgt sbb die dok gn kakak2 
so kene la b'sikap sopan.. ghahaha
Tapi kalau dh geng gn bdk2 laki lain.. haa keluar la skit toyol nakal die tu.





sem ni aq jrg balik kg.. 
dlm byk2 adik, zaim aq pling rindu,
pdahal bkn adk aq pon :D
tp srius aq mmg xley pisah dgn die,
mse kecik2 dulu (sem 1)
aq siap bwk gmbr die lg
mak aq yg suro bwk, sbb mak aq taw aq xley pisah gn zaim
time tu, rasa nk mnges pon ade. 
tp dh lme2 biase la
biasa2 pon b4 blik johor mst jmpa peluk cium die dlu
hoho




haha..
ni kes aq tukar tiket bas, 
seronok je aq bgtaw die aq blik hari jumaat
last2 kne tukar tiket hari sbtu plak. hoho

semalam birthday die..
die suka bola.. 
kaki die tu mmg kaki bola
kalau tendang bola, melayang tah kemana
silap hari boleh pecah smua brg dlm rumah -.-
klau dulu rmh die pnuh je dgn bola, mcm2 style ada
tp skrg dh xde, mk die dh xbg main bola dlm rmh
haha kesian.

pstu smlm aq bg hadiah bola kat die
haa mmg kne sound la dgn mak die
hahak.!
tp srnok bila dgr mak die kata dia tido peluk bola tu
hehe :D






penat2 pon seronok je layan bebudak nie,
habes ilang semua stress aq.
Zaim.. jadi budak baik okeh
jgn nakal2 sangat 
nanti xde awek nak, HAHA !



HAPPY BIRTHDAY BOY

ayat kursi

Friday 29 March 2013 @ 06:48 | 0 Comment [s]



Ayat kursi dan terjemahan


Lafaz bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi

Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.

kelebihan ayat kursi



Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatanayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan paramalaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segalakefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripadatipudaya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.




Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah

hafal ayat kursi ni taw
cuba sikit2 dulu..
lama2 mesti boleh :)



SELAMAT MENGAMALKAN 


Older Post



THE WRITER


Amalinna AR . 1993 . Selangor



MY LOVE


Juz wanna LOVE you in the HALAL way

MY SUPER HERO


It doesn't matter who my father was, it matters who I remember he was

MY HEARTS


Mother is the name of God in the lips and hearts of children,my life began with waking up and loving my mother's face

Update



Hobbies


There are memories in every picture




Find Me!

AmaLyna LoveIt


Aku pon ada MukaBuku gak laaa :D



Diary About